Monday, June 28, 2010

Fakta tentang KENTUT..

1. Dari mana asalnya kentut?
Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang masuk ke usus dari darah, gas dari tindakbalas kimia & gas dari bakteria dalam perut.

2. Apakah komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara terserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Bakteria serta tindakbalas kimia antara asam perut & cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana & hidrogen. Komposisi gas masing-masing bergantung pada apa yang anda makan, berapa banyak udara ditelan, jenis bakteri dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin banyak komposisi nitrogen. Orang yang makan tergesa-gesa,kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut busuk kerana kandungan hidrogen sulfida dan mentapkan.Kedua-duanya mengandungi sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan dihasilkan oleh bakteria dalam perut & makin busuklah kentut anda. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kekacang berperanan dalam menghasilkan volume kentut, bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut mengeluarkan bunyi?
Kerana ada getaran saluran anus semasa kentut dihasilkan.Kekuatan bunyi bergantung pada kecepatan gas yang keluar.

5. Kenapa kentut yang tidak didengar selalunya lebih busuk?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan menghasilkan gas busuk.Ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly).

6. Berapa banyak kentut dihasilkan sehari?
Kira-kira setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Adakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggal pun orang masih boleh kentut.

8. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender. Jika benar, bererti perempuan menahan kentutnya(control ayu).

9. Waktu apakah biasanya orang kentut?
Pagi hari di toilet. Yang disebut “morning thunder”. Kalau resonans nya bagus, boleh kedengaran ke seluruh penjuru rumah.(hakhak)

10. Selain makanan, apakah penyebab kentut?
Udara yang ditelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum soft drink, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami pengembangan & muncul sebagai kentut).

11. Adakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari saluran lain?
Tidak. Sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang dihasilkan oleh bakteria lebih banyak.

12. Ke mana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
Bukan hilang kerana bocor..Tapi berpindah ke bahagian atas menuju usus & lama kelamaan akan keluar juga. Jadi bukan lenyap,tapi hanya mengalami penundaan.

13. Mungkinkah kentut terbakar?
Mungkin!Kentut mengandung metana, hidrogen yg mudah terbakar. Kalau terbakar, nyalaanya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.(cmne nk bayangkan kalo kentut terbakar..abeslaa)

14. Bolehkan kentut menyalakan pemetik api?
Jangan mengada-ada…konsistensinya lain. Suhunya juga tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

15. Betulkah boleh pengsan kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin anda mengalami pening2 kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

16. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau warnanya orange seperti gas nitrogen oksida, akan dapat diketahui siapa yang kentut.

Inilah fakta2 yg aku dpt dari internet..baru taw dari mane asalnye kentut,kenape kentut berbau busuk..haha..nk gelak pon ade..tp inilah kenyataan~

No comments:

Post a Comment